Thursday, 15 March, 2012

menjadi kebal

bismillahh..

hari ini hari biasa,
aku bersama timbunan buku,
namun pada jiwa halus,
merasa bawah pada kebiasaan,
punya keputusan yang tetap sama,
aku dan jiwa,
dan seluruh raga yang bersama,
sematkan satu kata syukur,
pada kemuncak yang amat menyedihkan,
aku masih selalu bergelar insan,
yang hanya selalu menjadi insan.

cuma,
ini bukan segalanya,
bukan buku itu yang menentukan aku dimana,
bukan jiwa ini tahu aku begaimana,
hanya Tuhan yang menyimpan rahsia dunia,
yang aku letakkan seluruhnya di jemari,
bukan di sanubari,
kerana aku sangat yakin ia sementara,
hanya sementara,
biarkan jiwa,
belailah semangat jihad itu agar terus,
dalam erti sebenar dunia,
DUNIA.

kesat air mata itu.lagi sekali.

Thursday, 1 March, 2012

semua juga sama laah.

*mari jadi professional mcm Rasulullah

bismillahh..

lagi beberapa hari untuk pertempuran.semua serahkan usaha semaksima mungkin.mungkin juga saya begitu,menghadap buka sehingga kadang terbosan dengannya.lumrah.cuma,pandai2lah manusia itu berfikir untuk terus bersemangat.end.

alhamdulillah,recently sempat juga berlatih2 pingpong untuk perlawanan itu.mungkin,taklah segempak mana,cuma sy sematkan dalam hati,semua buat yang terbaik,semua buat kerana Allah.end.

dalam masa yang sama,sehari2harian cuba untuk cukupkan 10muwasofat itu.memang,bukan mudahh.itu,ini terlopong lagi.cuma sy percaya satu,perjuangan dan tarbiyyah sendiri akan melengkapkan satu persatu.sabar dan ikhlas sahaja.kan.baiklah,end.

lagi berita kematian insan.Allah menyayangi mereka.terfikir,sediakah sy,anda dan mereka saat ia datang pd bila2 masa?em,end.

ha,satu tips menarik!jika anda mahu bangun qiam dengan cool,terus terjaga tanpa ragu2,sebelum tidur,baca alMulk,jangan makan banyak masa lunch,tidur sebelum pukul 1,jangan buat banyak dosa,sebelum tidur niat baik2,baca doa bangun tidur dan,jangan off alarm anda.(err,zubaidah,sila terasa lebih sikit.)

baiklah,mengisi masa bosan setelah belajar seharian.semoga ilmu yang ditelaah berguna untuk sy anda dan mereka.^^

Sunday, 5 February, 2012

hossem.oke.

bismillahh..

mulalah ramai yang menggunakan perkataan 'osem' dalam percakapannya.ye,itu bukan suatu yang salah.malah,bukan ke semua sedang melihat blog yang bermanfaat itu?(abaikan kalau tak faham)

lama tidak mengetaip.ye,pakcik M membesar,tak terasa tanggungjawabnya dengan blog ini.mari terasa bawah ke kerak bumii.

ingin menulis pula tentang SEMANGAT yang hossem.yang semakin menusuk dalam diri insan yang baru diengjet oleh jiwa jundi yang berkobar.tsabat itu yang paling diharap.

ye,sy baru bertatih dalam perjuangan sebenar.tak banyak lagi air mata yang jatuh kerana payahnya perjalanan.nak juga try sekali rasanya manisnya perjuangan.nak try rasa sekali bagaimana bila madu' itu meluahkan rasa sayang.nak try rasa sekali mutarobbi itu mengadu ngadu pasal masalah.wau,bukan ke menyunting hati manusia itu menuntun jalan yang panjang dan bertangga?ye,sy sgt faham.

sy 19 dan sy masih digelar 'budak sekolah'.maaf,bukan nak perasan awet muda sangat.mungkin ye,(err) tapi mungkin jiwa itu belum ada zuuupp nya menjadi dewasa.seorang ukhti itu berkata.."mungkin,kita perlu berubah juga demi da'wah kalau itu cara terbaik untuk gerakkan da'wah."baik,sangat terkena.

yang hossemnya disini ialah,bila benar perjuangan itu berada pada jiwa,diri dewasa itu tiba2 muncul terasa bertanggungjawabnya pada dunia.bukan ke?sy kata ye.

hayatilah hossemnya perjuangan Rasulullah yang serius memegang amanah itu sejak wahyu diturunkan,tidak pernah berkata tidak.semua juga perlu serius.ha,tapi kita punya pelbagai cara.dan murahnya senyuman awet mudaa cun2 itu juga cara menyentuh hati.sbb,serius itu pada jiwa,tak perlu sangat pada wajah.

sy terasa cool bila digelar muda.semoga semangat itu terus menjadi muda.yolala!^^

"kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allahdengan harta dan jiwamu.itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (62:11)

Wednesday, 23 November, 2011

hei Mr.

bismillahh..

terasa seperti sendiri sahaja disini.em,akhawat2 satu usrah masih bercuti.tapi,pada masa ini juga terasanya banyaknya tarbiyyah Tuhan.bila sendiri itu baru benar diri kita bukan?jadi pada waktu ini sy gunakan benar2 untuk IMAN,MUWASOFAT,dan WAJIBAT.

kena pula handle pemuda UIA time shortsem ini.wau.terasa juga beratnya.tapi,kerana amanah dari Kak Wan tercinta,sy teruskan.tapi,sy tahu sy patut minta tolong orang lain.itu yang lagi proper.ye.Alhamdulillah kerana musleh itu telah melahirkan generasi2 AlQuran,mereka2 yang ada basic sangat membantu.ohoi.seronok bekerjasama.bukankah itu maknanya aku tidak sendiri?ok,sy sedar.

kenapa pula dengan MR. yang sy tuliskan sebagai tajuk itu?mari sy ceritakan.

sy punya lecturer.ya,pensyarah.bukan Islam itu satu yang menarik.ini pertama kali sy belajar dengan non-muslim.oh,seronok juga.ilmunya sahaja menggunung.sy menghormati sekali falsafahnya.hendak pula dia punya ilmu dalam phychology.kata2 yang keluar dari mulutnya tentu2 sahaja berupa motivasi.sy serius suka orang begini.

tapi,ada juga yang menarik lagi tentang beliau seorang ini.beliau adalah penganut agama hindu yang tegar.alaa,kira ulama' hindu.eheh.sy ingat itu biasa2 sahaja dan tidak akan kena mengena dengan pelajaran kami.ok,sila menafikan pandangan itu.kerana,dia juga kira penda'yah dalam agama mereka.hm,itu tidaklah ekstreme sangat kan.yang buat saya agak ternganga merelakan lalat masuk,dia tahu dan a'lim juga dalam agama Islam.hm,itu menarikbukan?

katanya,dia sering ke ceramah2.dia juga dengan muka slumbernya menceritakan tentang Rasulullah.bukan itu sahaja,dia mengatakan tentang hudud,akhlak,dan Allah.itu memang sangat teruja.sy juga terfikir,kenapa dia sangat ingin belajar tentang agama KITA?bukankah dia penganut kuat agamanya dan for sure dia belajar untuk menjatuhkan agama lain.atau erti kata lain,ingin berdebat tentang agama sendiri.ok,ini sy tahu,

tiba2 semalam,dia ada tanya:
"kenapa Islam perlukan 4orang saksi dan kalau tidak punya 4saksi,senang2 sahaja pesalah itu dibebaskan?bukankah itu tidak patut?adakah Islam suka melihat jenayah terus berleluasa?"

oleh kerana ramainya pelajar2 didalam kelas tidak punya basic agama yang kukuh,jadi ramainya hanya dia.cuma seorang brother ini,dia menerangkan hakikat sebenar.TAPI,sebenranya itu bukanlah jawapan yang baik.sy yang disini sudah bergetar2 tangan kerana ini bukan kata tentang mak atau ayah sy,tetapi AGAMA sy.dan yang tanya itu mereka yang tidak tahu.sy rasa sungguh tidak puas hati.tapi,sy tidaklah tergesa2 dan perlu berfikir.oh,seriusly sy juga buntu untuk berfikir.

hari ini,beliau mengajar.tiba2 masuk masih kontroversi yang sama.sangat hangat.ada brother lain pula membela.tapi,sayangnya dia TERsalah bagi information dan sangat2 tersalah.jantung sy sudah terasa ingin terkeluar.Mr. ini masih melihat kami remeh dan inginkan penjelasan.sy yang sangat tidak sabar ini terus keluar dari kelas dan curi2 menelefon seorang akhawat LAW.tanya apa pendapat beliau.yes!dia terang dengan berjela dan sy terasa yakin untuk menerangkan.

sy tidak sabar untuk habis kelas.kerana kalau sy terangkan dalam kelas,takut sahaja menjadi perdebatan.hei,sy belum ada kekuatan untuk itu.sy bersabar untuk blast everything.sehingga beliau katakan "goodbye everyone",sy terus mengekori beliau dari belakang.ye,sehingga ke kereta dan dengan beraninya sambil tersenyum sy memulakan penerangan.

"sir,Islam ini ada hudud,ta'zir dan qisas.ta'zir itu akan terlaksana hanya apabila pemimpin di negara itu menggubalnya dan tiada lansung hukuman di dalam alQuran @ hudud.jadi 4 saksi itu memang syaratnya.tidak boleh tidak.kalau tidak cuku 4,jadi tidak boleh dituduh WALAUPON sebenarnya dia memang bersalah.sebab,Islam itu agama kasih sayang bukan penghukum.Islam lagi menggalakkan penganutnya bertaubat.dan,ia dilihat tidak adil jika pesalah yang bersalah hanya dilepaskan.tapi,itulah gunanya syurga dan neraka.balasan kepada ketidakadilan di dunia.kalau tidak,apa perlunya kan?itulah indahnya Islam.^_^"
(sambil dada kembang kempis dan tangan menggeletar habis.ini pertama kali okayy)

Mr. ini tersenyum dan mengiakan.sy tak pasti juga apa yang difikirkan.cuma,ianya suatu kepuasan bagi sy kerana telah menegakkan yang hak walaupon lambat.maaf,sy masih belajar dalam bidang ini.paling kurang,sy memberitahu bukan?jadi itu sebenarnya maksud sy.kita hanya penerang bukan yang memasukkan.jadi,sy terasa makin ingin belajar ilmu agama.dan lakukan da'wah itu suatu kepuasan dari rasa bersalah yang memanjang.

silalah belajar lagi tentang ISLAM.serius itu sangat berbaloi untuk syurga.^^

Tuesday, 15 November, 2011

lemon ais

bismillah..

(awak dah sehat?^_^)

menuruti setiap sepi jiwa,
lagi langkah itu diolah,
rindu,
pada pengalaman,
tersenyum,
mengenangkan.

makan tengahari ada appointment dengan sis N,bincang tentang taqwim.em,wajibat.balik dari mukhayyam yang sangat nice itu,banyak juga terbahu.mungkin,ini task dari Allah.oh,ini menarik.(sedikit berkerut.)

insan A,
yang aku sedang rindu,
kuatkan langkah supaya menjadi insan hebat,
doakan aku,
teruskan jejak.

insan B,
yang sedang riang gembira,
ingatkan aku,
kita sama2 melangkah,
semoga mendapat ibrah.

insan C,
yang aku teramat sayang,
ingat pesan aku,
bawa janji aku,
aku doakan selalu.

jiwa,
lihat langkahmu,
teliti pilihanmu,
ingat matlamatmu,
semat citamu,
agar mereka,
insan2 teristimewa,
terasa biasnya cinta,
dari Tuhanmu.

(sllrpp.sedang minum lemon ais sambil menukil.^^)